Ringkasan dan tinjauan mengenai buku motivasi.

Motivasi kejayaan - 7 Tabiat Orang Yang Berjaya - Steven Covey
Setiap bab menceritakan
tentang satu tabiat seperti berikut:
1.Pro-aktif
Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya
menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan
masalah.
2.Mula
dengan wawasan di dalam minda
Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan
misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu
membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan
langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.
3.Utamakan
yang utama
Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang
bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan
tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua
perkara.
4. Fikirkan
Menang-Menang
Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan
dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap
pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.
5. Dengar
dahulu sebelum berkata
Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar
terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka
diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka
menerimanya.
6. Sepadukan
usaha
Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan
menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.
7. Tajamkan
pedang
Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat
ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.